19 March 2013

Aizat Makin Intim Bersama Penyanyi Zee Avi


Pelantun Lagu Kita, Aizat Amdan mengakui sedang berkawan rapat dengan penyanyi Zee Avi dan hubungan mereka belum ke tahap serius, sebaliknya mereka sering berkongsi pendapat tentang muzik.
 Aizat Akui Berkawan Rapat Dengan Zee Avi
Menurut laporan Mstar Online, Aizat telah meminati pelantun Lagu Kantoi sejak dahulu lagi kemudian mengetahui Zee Avi hanya tinggal berdekatan dengan rumah beliau.

“Ya, kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hububungan kami rapat sejak tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Aizat mengulas mengenai khabar angin yang mendakwa mereka berdua sering dilihat bersama ketika penyanyi itu berada di Malaysia.
“Kami sering dilihat bersama mungkin kerana pada masa ini kami sedang bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru saya, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan,” ujarnya.



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates